Bapa, anak maut kemalangan dalam perjalanan ke sekolah

Bapa, anak maut kemalangan dalam perjalanan ke sekolah

Dua beranak maut dalam kemalangan selepas motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai.

Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Radzi Ahmad, berkata dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi tadi, mangsa berusia 46 tahun dikatakan dalam perjalanan menghantar anak lelakinya berumur 15 tahun ke sekolah.



Katanya, motosikal dinaiki dua beranak itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke laluan bertentangan.

“Pemandu MPV dari arah Penanti ke Kepala Batas cuba mengelak, namun terlanggar motosikal dinaiki mangsa.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Kosmo.

Beliau berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan bedah siasat akan dijalankan selepas menerima keputusan ujian calitan Covid-19.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. FMT

Bapa, anak maut kemalangan dalam perjalanan ke sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker