Remaja maut dihempap ‘kerusi dari langit’, ibu saman DBKL RM1 juta
PETALING JAYA: Seorang ibu akan memfailkan saman RM1 juta terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas anaknya maut apabila kerusi yang dibaling dari tingkat 17 sebuah rumah pangsa PPR di Pantai Dalam, jatuh atas kepalanya tiga tahun lalu.
S Kasthuribai berkata, beliau mahu memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.
“Anak saya sudah tiada. Saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada remaja lain,” katanya.
S Sathiswaran, pelajar berusia 15 tahun di SMK La Salle, Petaling Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kerusi itu jatuh atas kepalanya ketika berjalan pulang ke rumah pada Januari 2018.
Kejadian berlaku di rumah pangsa PPR Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Januari 2018. (Gambar Fail)
Arun Doraisamy, dari Sathiswaran Action Team berkata, selain pampasan kewangan, keluarga itu juga akan meminta penjelasan polis mengenai siasatan kes itu.
Katanya, polis sebelum ini membuka siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian dengan perbuatan gopoh atau cuai.
“Apa perkembangan terkini kes itu, dan adakah diklasifikasikan sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ (NFA)?” soalnya.
Arun berkata, keluarga itu menyaman DBKL sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penyelenggaraan kawasan awam.
Katanya, mereka sudah menghantar surat tuntutan kepada DBKL pada November tahun lalu namun tidak menerima sebarang balasan. FMT
Remaja perempuan ditemui maut dengan kesan tetakan, putus tangan kiri
You must be logged in to post a comment.