PANAS!!! Tular Dakwaan Nora Ariffin Kahwini Annuar Musa, Anak Sulung Tampil Bersuara!

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 47, menganggap desas desus perkahwinannya dengan seorang Menteri Kanan sebagai gurauan malah menegaskan dirinya masih solo hingga ke hari ini.

Katanya, dia sendiri tidak pasti mengenai kekecohan yang tercetus di media sosial kerana sibuk mengusahakan perniagaan kecil di rumah.

“Saya sebenarnya tidak pasti apa yang dikecohkan (ramai) di Twitter dan media sosial. Saya pun masih bersendirian malah sedang sibuk dengan menjual nasi kerabu dan Rendang Tok.



“Ini bulan Ramadan, tak baik cerita yang bukan-bukan. Berdosa tu … sebab itu semua memang tak benar,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Terdahulu, timbul ciapan menerusi Twitter daripada seorang pengguna yang melayangkan ucapan tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan memberi bayangan mereka sudah bernikah.

“Tahniah @AnnuarMusa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor (sangat) sekarang. I like… hurmmm… Aummmm…!!!”, menurut hantaran dikongsi pemilik akaun @zack­_rockstar.



Susulan daripada ciapan tersebur, anak sulungnya, Mohamad Syakir Iman Johan mendesak individu yang menyebarkan gosip berkenaan menampilkan bukti menerusi medium sama.

“Kepada semua peguam, adakah ini (dakwaan Nora dan Annuar berkahwin) boleh dianggap satu fitnah? Saya baru bertanya kepada ahli keluarga saya.

“Jika pengguna (pemilik Twitter) tersebut menyatakan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah berkahwin dengan Datuk Nora, sila kemukakan bukti atau memang kerja dia untuk cipta fitnah murahan,” tulisnya.



Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin bergelar ibu tunggal kepada empat cahayamata selepas pemergian suaminya yang juga komposer tersohor, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac 2017. – K! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker