Sindiran tajam Mahathir ‘puji’ pelantikan timbalan menteri kalah pilihan raya


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyindir kerajaan berhubung pelantikan Guan Dee Koh Hoi sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya baru-baru ini.

Mahathir berkata di blognya, sektor pelancongan amat terjejas disebabkan Covid-19.

“Saya gembira Malaysia telah mendapat penyelesaian yang akan menarik lambakan pelancong ke negara ini.

“Kita tiada wang. Kita telah membelanjakan RM600 bilion. Tahniah,” kata beliau.



Kata-katanya itu seolah-olah merujuk kepada laporan memetik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, kerajaan semakin kehabisan wang selepas membelanjakan RM340 bilion untuk langkah rangsangan ekonomi dan RM322 bilion bagi Belanjawan 2021.

Guan Dee sebelum ini mempertahankan kekurangan popularitinya dalam kalangan pengundi, susulan kontroversi berhubung pelantikannya pada 16 April lalu.

Pada satu majlis baru-baru ini, Guan Dee, 68, berkata beliau kalah dalam pilihan raya umum kerana pengundi Sabah menolak pembangkang.

Guan Dee berkata, beliau tidak menghiraukan pandangan peribadi pengkritiknya, sebaliknya lebih fokus terhadap melakukan tugasnya. FMT



Mahathir dakwa Muhyiddin diktator

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker