Warga asing separuh bogel cabul, samun warga emas ketika tidur
Seorang wanita warga emas dicabul dan disamun lelaki warga asing ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Taman Skudai dekat Iskandar Puteri, Johor awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, suri rumah berusia 65 tahun yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi tingkap di biliknya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar, berkata warga emas itu terkejut apabila mendapati seorang lelaki warga asing yang hanya berseluar dalam sedang berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.
“Suspek kemudian mengarahkan warga emas itu supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana mahu merogolnya.
“Mangsa dalam ketakutan hanya menuruti apa yang disuruh sebelum suspek cuba untuk merogolnya, namun tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.
Dzulkhairi berkata, suspek kemudian bertindak mengeluarkan air maninya di atas tilam mangsa sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 lalu beredar.
Katanya, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun, yang dipercayai suspek utama, hasil siasatan sebaik menerima aduan mangsa dan berpandukan maklumat serta risikan dibuat.
Beliau berkata, dua lagi warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun yang dipercayai bersubahat, juga berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri.
“Semua tiga warga asing itu adalah buruh binaan dan ditahan kira-kira jam 2.30 petang, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Polis turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun antaranya sebatang besi, besi pengumpil, sehelai pakaian dalam berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun bersenjata , Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
“Semua suspek akan di bawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses permohonan tahanan reman,” katanya. FMT
You must be logged in to post a comment.