Tidak sedar keluar dari rumah, kanak-kanak tiga tahun ditemui lemas di tali air


KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Tin, Melor, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 4.33 petang hasil maklumat orang awam mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata sebaik menerima laporan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Melor bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di dalam tali air yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah keluarganya.

“Pihak bomba telah membawa mayat mangsa ke tebing, namun petugas Klinik Kesihatan Mahligai mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rahim berkata kali terakhir Muhammad Huffaz dilihat oleh neneknya kira-kira 3 petang ketika sedang bermain di dalam rumah.

“Polis juga mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ke atas mayat kanak-kanak terbabit dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan laporan, ahli keluarga mangsa tidak sedar bahawa Muhammad Huffaz telah keluar dari rumah sehingga dimaklumkan oleh seorang jiran pada 4.45 petang.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. Bernama

Budak 2 tahun mati lemas dalam besen rumah pengasuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker