PM Thailand didenda tak pakai pelitup muka

Prayuth terima kritikan awam setelah foto dimuat naik di Facebook

 Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha hari ini didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar langkah pencegahan COVID-19 apabila tidak memakai pelitup muka.

Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang berkata, tindakan itu diambil setelah gambar Prayuth muncul di laman Facebook, yang menunjukkan dia tidak memakai pelitup muka dalam satu pertemuan.  

Foto itu kemudian dipadamkan dari laman Facebook tersebut selepas mendapat kritikan orang awam.

Aswin menulis di Facebooknya memaklumkan, dia telah memberitahu Perdana Menteri mengenai pelanggaran peraturan yang mewajibkan semua individu memakai pelitup muka setiap masa ketika berada di luar kediaman mereka.  



Dia menambah, pelanggaran peraturan dikenakan denda sehingga 20,000 baht (sekitar RM2,608) mengikut Seksyen 51 Akta Kawalan Penyakit 2015.

Dilaporkan bahawa gabenor, ketua polis dan penyiasat telah pergi ke Rumah Kerajaan untuk mendakwanya dan Perdana Menteri telah bersetuju untuk membayar denda. – Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker