Pertikai silibus Sejarah, Dong Jiao Zong wajar diharamkan

Mohon kerajaan jangan bagi muka dan layan golongan seperti ini

Tindakan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyemak semula kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah bukan sesuatu yang pelik.

Ini kerana, semua pihak maklum kedua-dua pertubuhan radikal itu dikenali sebagai anti-Jawi, anti-Islam serta anti-Melayu.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi menegaskan, tindakan pertubuhan pendidikan Cina baru-baru ini menunjukkan ia tidak menghormati kaum peribumi majoriti dalam negara ini.

“Dong Zong memang perangai anti-Jawi, anti-Islam dan anti-Melayu.



“Semua sejarah tanah air mereka nak ubah ikut selera mereka, langsung tak hormati kaum peribumi majoriti dalam negara ini,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Membidas lagi, Ustaz Masrizi berkata, pertubuhan itu juga langsung tidak menghormati Raja-Raja Melayu, hak orang Melayu yang dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan, negara malah hak agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Justeru, mohon kerajaan jangan bagi muka dan layan golongan seperti ini,” katanya.

Dong Jiao Zong Biadap! Dakwa buku teks Sejarah terlalu berpusat Melayu, Islam



Pada 21 April lalu, Dong Jiao Zong berkata, baru-baru ini tercetus kontroversi berkenaan kandungan buku teks Sejarah sekolah menengah, setelah seorang pakar sejarah mendakwa ianya terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah yang tidak dinamakan itu mendakwa buku teks berkenaan kurang memperkenalkan sejarah dan budaya kaum lain, tidak menggambarkan keadaan sebenar serta tidak tepat.

“Realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan sekolah menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.



“Ini menyebabkan buku teks Sejarah tidak memberi gambaran sebenar sejarah rakyat di negara ini, pelajar tidak dapat benar-benar memahami sejarah negara, hatta ada yang mengelirukan, menyebabkan pelajar dari kaum lain dan pelajar dari etnik Sabah dan Sarawak berasa tersisih dan terpinggir,” dakwanya.

Mengapa masih tidak haramkan Dong Zong?: Ridhuan Tee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker