Kelemahan kerajaan, rakyat yang tanggung
Semalam seorang menteri PN kata “Ibu bapa jangan risau, KPM ada cara tangani Kluster Pendidikan”
Pagi ini, seorang lagi menteri, iaitu menteri pendidikan PN pula kata sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah di seluruh negara akan diteruskan sebab keadaan jangkitan Covid-19 di peringkat sekolah telah dapat dibendung dengan baik melalui SOP yang digariskan.
Petang pula, Menteri Pendidikan buat U-turn. Kata pelajar tidak perlu hadir sekolah lebih sebulan, PdPR 2 minggu selepas cuti Aidilfitri.
150,000 unit peranti dijanji kerajaan PN akan dpercepatkan ke bulan Februari untuk murid miskin menjalani PdPR pula tidak kesampaian sehingga akhir bulan September.
Lalu Menteri Kesihatan dedah bahawa lebih 23,000 pelajar bawah umur 12 tahun dijangkiti Covid-19 tahun ini.
Bahawa “”data ini menunjukkan betapa mudahnya kes ditularkan di sekolah akibat pergaulan,” katanya.
Tapi bahayanya bukan hanya setakat murid-murid dijangkit.
Tetapi kepada ibubapa yang akan dijangkit oleh murid-murid yang bawa penyakit balik dari sekolah.
Lagi bahaya ialah menteri kesihatan mengaku hari ini bahawa sebilangan besar kes Covid-19 ‘sporadik’, tak diketahui punca jangkitan.
Dulu, saya saran sekat rentas negeri awal-awal pada bulan Oktober selepas PRN Sabah.
Kerajaan tak layan. akhirnya gelombang ketiga bermula dan menjadi semakin teruk sehingga kerajaan perlu buat PKP2.0 pada bulan Januari.
Tapi tak dibuat betul-betul. Dibuat secara separuh masak.
Penyumbang terbesar Covid seperti kilang dan tapak pembinaan pula dibenarkan beroperasi manakala sektor yang tidak berkaitan dihukum dan disuruh berhenti pula.
Masa itu, saya saran ketatkan lagi PKP. Buat short and sharp dan jangan dibuat lagi separuh masak supaya penderitaan Rakyat tidak diheret berpanjangan.
Short and sharp macam PKP1.0 dan juga sebagaimana negara-negara lain seperti Singapura, Australia dan New Zealand berjaya mengawal Covid.
Saran pembukaan sesi persekolahan ditangguhkan.
Suruh jangan buat darurat sebab akan menakut-nakutkan pelabur.
Tidak dilayan juga kerajaan.
Akhirnya negara menjadi huru-hara.
23,000 murid sekolah menjadi mangsa. Jutaan murid yang lain terpaksa henti pergi ke sekolah sekali lagi.
Kes Covid semakin naik. Lagi malang ialah bilangan besar kes Covid tidak diketahui punca.
Penderitaaan Rakyat diheret berpanjangan.
Keadaan Covid menjadi lebih teruk berbanding masa Darurat diumumkan 3 1/2 bulan dahulu.
Rentas negeri balik kampung untuk Raya pun tak kesampaian bagi tahun kedua.
Taman tema dan funfair dibuka, parlimen ditutup pula.
Akibat penderitaan Rakyat berpanjangan, pelabur tak masuk dan pemulihan ekonomi tak dapat bermula, kerajaan kehabisan wang sehingga perlu korek tabung simpanan KWAN dan pinjam dengan begitu banyak sekali.
Lalu dihidangkan alasan hutang RM1 trilion dan 1MDB kenapa korek tabung oleh kerajaan PN pula.
Tak guna saya nak mengaku “I told you so” sebab ini tidak mengubati apa-apa.
Saya sedih. Amat sedih.
Secara ikhlas, hati saya dah mula letih.
Najib Razak
Harga barang mentah naik, kerajaan Muhyiddin gagal urus ekonomi negara?
You must be logged in to post a comment.