Timbalan IGP sifatkan ugutan rogol ‘mungkin gurauan rakan sedarjah’



Sebaran :

Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani menyifatkan ugutan rogol terhadap seorang remaja sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya”.

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, sebelum ini menerima ugutan itu setelah mendedahkan seorang guru lelaki yang membuat jenaka mengenai rogol di dalam kelas.

“Pelajar berkenaan telah membuat dua laporan polis, pertama beliau membuat berkaitan dengan apa yang beliau rasakan pendekatan guru tersebut tidak begitu proper (wajar).



“Semalam beliau membuat laporan tambahan berkaitan dengan mungkin gurauan daripada rakan sedarjahnya yang beliau mungkin tidak dapat terima,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Acryl menambah bahawa kertas siasatan telah dibuka dan kenyataan pihak yang terlibat sedang diambil.

”Anak saya terima ugutan rogol” – Bapa pelajar dedah lawak rogol guru

Pada hujung minggu, Ain mendedahkan guru pendidikan jasmani dan kesihatannya membuat jenaka rogol yang antara lain dikatakan menyebut “nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.”



Susulan itu, dia dilaporkan menerima pesanan audio dari rakan sekelas lelaki yang tidak senang dia membuat tuduhan itu secara terbuka dan bukannya menanganinya secara dalaman di sekolah.

“Kalau aku dapat aku sagat-sagat dia. Tak pun aku rogol hantar kat Thailand,” kata individu dalam audio berkenaan.

Pelajar dakwa guru persendakan rogol dalam kelas


Sebaran :


Leave a Reply