Salah Lokasi Punya Pasal, Wanita Tetap Dicaj RM165

Seorang wanita tidak berpuas hati apabila dikenakan caj sebanyak 29 pound (RM165) oleh pemandu kenderaan e-hailing Uber biarpun tidak sampai ke lokasi yang diingininya.

Lapor Metro, Emma Lavelle, 30, sudah mengingatkan pemandu itu mengubah perjalanan ke rumahnya di Salford selepas menyedari lelaki itu tersalah arah.

Namun, pemandu itu tidak menghiraukan peringatan pengurus pengangkutan itu sehingga dia terbabas ke sebuah terusan dan polis terpaksa datang untuk mengeluarkan mengeluarkan kereta itu.

Selepas kedua-dua mereka berjaya keluar daripada kereta yang tersadai di terusan itu, pemandu tersebut meminta Emma berjalan kaki selama 15 minit untuk ke lokasi rumahnya, malah masih perlu membayar tambang pengangkutan.

Wanita itu membuat rayuan kepada pihak Uber supaya menggantikan semula amaun yang dicaj terhadapnya, namun permintaan itu diabaikan.

“Saya menghantar emel kepada mereka dan menjelaskan kami terlibat dalam kemalangan tetapi Uber masih mengenakan caj terhadap saya.

“Uber memaklumkan akan menyiasat perkara itu tetapi tiada sesiapa yang datang berjumpa saya. Sejak kes itu keluar berita, saya hubungi mereka semula dengan menunjukkan artikel tersebut dan barulah mereka ingin menggantikan semula wang saya,” katanya.-Metro.co.UK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker