Nak bunuh JDT, kena matikan TMJ dahulu


KUALA LUMPUR: ‘Nak bunuh JDT (Johor Darul Ta’zim), kena matikan TMJ (Tunku Mahkota Johor) dahulu.’

Itu kata-kata pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melihat kekalahan mengejut pasukan itu di tangan Terengganu FC (TFC) bukanlah sebagai satu perkara yang besar.

Malah, Tunku Ismail menegaskan apa yang lebih penting adalah pasukan itu terus gah dengan pelbagai rekod yang sudah dicipta dan ketika ini masih belum dapat diatasi oleh mana-mana pasukan sekalipun.

Jelas beliau menerusi Instagramnya, satu kekalahan terbabit tidak akan menjejaskan agenda pasukan itu selepas cemerlang melakar rekod tanpa kalah selama dua tahun.

“Kekalahan adalah small hiccups. Yang penting kami masih wujud, record-record kami belum ada mana-mana pasukan pecahkan. Kami masih di sini dan our agenda is clear. Dua tahun tak kalah. Kekalahan akan berlaku, tak menang piala akan berlaku.

“Tetapi club, assets dan pencapaian masih wujud dan kekal. Semangat kami adalah anda, apabila kami menang, terima kasih kepada anda. Apabila kami kalah, minta maaf kami telah cuba beri yang terbaik,” kata Tunku Ismail.

Dalam masa sama, Tunku Ismail memberi bayangan pasukan itu akan terus menjadi gergasi bola sepak tempatan di bawah ‘naungannya’.

“Last sekali kepada penyokong kami dan penyokong bola sepak tanah air. Saya masih hidup. JDT will always remain the biggest. Nak bunuh JDT, kena matikan TMJ dahulu.

“Well semua sedia maklum itu bukan mudah. To JDT, ini bukan kali pertama kita kalah, so relax. Kepada yang benci kami, good luck.” BH

JDT akhirnya `menangis’, rekod tanpa kalah lebur dilibas ‘Penyu’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker