‘Mujahid jangan salah masuk gelanggang’

Tunjuk handal kepada musuh sebenar jangan sesama sendiri

Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sepatutnya menunjuk handal kepada ‘musuh sebenar’, bukannya kepada agama sendiri.

Ini susulan tindakan Ahli Parlimen Parit Buntar itu yang tampil mempertahankan gerakan Kristian dan menempelak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sebelum ini, Mujahid dalam laporan portal berita FMT berkata, sebarang tuduhan yang dibuat terhadap penganut Kristian mesti berasas.

Beliau berkata demikian mengulas sebuah buku yang mendedahkan agenda Kristian yang diterbitkan oleh MAIS pada tahun 2014.

Buku digital itu mengupas mengenai gerakan Evangelisme dan usaha mengkristiankan orang Islam, khususnya di Selangor.

Mujahid berkata, seluruh komuniti Kristian boleh dianggap jahat sekiranya dakwaan terbabit tidak dibuktikan.

Menerusi catatan di Facebook, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat menegaskan bahawa pihaknya akan mempertahankan MAIS berhubung isu berkenaan.

Beliau turut meminta Ahli Parlimen Parit Buntar itu tunjuk handal kepada musuh yang sebenar.

“Mujahid jangan salah masuk gelanggang. Kami akan pertahankan MAIS.

“Nak tunjuk handal biar kepada musuh yang sebenar. Jangan sesama sendiri. Ini amaran dari kami,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker