Biodata Artis Shuk Sahar

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Shuk Sahar yang telah dikemaskini pada 26 Apr 2021. Shuk Sahar atau nama penuhnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar (lahir 20 Mac 1986) ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon lelaki yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau pernah menjadi peserta Raja Lawak Musim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut dan mereka berdua berasal dari Pulau Pinang.

Shuk menyertai program kenyataan televisyen lawak Raja Lawak musim ke-5 bersama rakan baiknya, Fendi melalui kumpulan Balas. Kumpulan Balas sering dikritik kerana mempersembahkan lawak lucah minggu demi minggu. Pada malam peringkat akhir kumpulan Balas tewas di tangan Man.

Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.



Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Nur Qurratu Ain (dibaca) pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.

Kontroversi

Kemelut Rumah Tangga Shuk Belum Berakhir, Fara Dapat Kecaman & Makian Netizen Melalui Whatsapp
Pada 23 Januari 2021, isteri Shuk telah memuat naik kecurangan suaminya dengan perempuan lain bernama Farah. Sekitar tahun 2020, terdengar desas-desus curang, namun Shuk tampil menyelamatkan perkahwinan dengan menafikan semua itu sebagai khabar angin. Namun begitu pada tahun 2021, isterinya telah memviralkan aktiviti kecurangan Shuk dengan Farah.

Shuk Sahar sah digantung perkhidmatan sementara di Hot FM
Dalam kenyataan dikeluarkan, memberitahu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio stesen itu adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.[5]

Shuk Sahar ditamatkan kontrak Hot FM
Berikutan krisis rumah tangga dan kecurangan oleh Shuk, pengurusan radio milik Media Prima membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.

Kelahiran
Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar

20 Mac 1986 (umur 35)



Pulau Pinang, Malaysia
Nama lain Shuk Hot FM, Shuk Balas
Pekerjaan Pelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif 2011–kini
Pasangan Rossalennah Asshaferah (k. 2015)
Anak 1

 

 

FOTO



 

VIDEO

[VIDEO] SHUK SAHAR SALAHKAN DIRI SENDIRI



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker