Isu fitnah BMF: Usaha serang pemerkasaan ekonomi Melayu!

Pihak dengki perjuangan Aminuddin akibatkan beliau jadi bahan fitnah

BANGI, 12 Ramadan 1442H, Sabtu – Tuduhan menyokong kempen Beli Barangan Malaysia ke atas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) adalah suatu percubaan untuk mengalihkan isu serta menyerang usaha pemerkasaan ekonomi orang Melayu.

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA, Haji Rashidi Haris tidak menolak kemungkinan terdapat pihak dalam industri perniagaan yang tergugat dengan program Buy Muslims First (BMF) atau Utamakan Barangan Muslim.

Lantaran itu, katanya, pihak terbabit cuba memanipulasi keadaan dengan melakukan fitnah kononnya Pengerusi PEMBELA bersekongkol dengan individu dalam sektor politik.

Sedangkan, tegasnya, BMF dikendalikan PEMBELA tidak sama dengan BMF dikendalikan ahli politik yang bertujuan meraih publisiti.



“Dan besar kemungkinan mereka yang membuat fitnah itu kerana takut perniagaan mereka merosot kerana BMF memang memberi kesan besar kepada peniaga dari bukan Melayu.

“Lain pula halnya dengan golongan politikus, jika ada di kalangan mereka bercakap pasal BMF ternyata ada pihak hendak sabotaj projek PEMBELA,” katanya seperti dihubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, terdapat pihak menyalahgunakan gambar Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya serta mendakwa bahawa beliau kini tidak lagi menyeru sokongan buat kempen BMF tetapi beralih kepada kempen Beli Barangan Malaysia selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.

Mengulas mengenai perkara itu, Haji Rashidi berkata, tindakan pihak yang tidak berpuas hati atau sememangnya dengki dengan dasar perjuangan Aminuddin mengakibatkan beliau menjadi bahan fitnah dan diburuk-burukkan.



Tidak seperti sesetengah pemimpin yang hanya bertindak bagi merebut jawatan Perdana Menteri atau Ahli Parlimen yang sanggup membelot mendapatkan jumlah sokongan, Haji Rashidi berkata, Aminuddin adalah seorang pejuang ABATA yang tulen, jujur dan berani memperjuangkan dasar perjuangannya.

“Dan jika dilihat daripada tindakannya yang konsisten dalam perjuangannya bukan untuk menjadi menteri dan mengumpul harta, dan bermatlamat untuk kesejahteraan, agama, bangsa dan negara.

“Amat jelas konsep perjuangan beliau dizahirkan dengan jelas tanpa berselindung dengan agenda merebut kerusi,” katanya.

Kempen BMF dilancarkan bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam serta memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.



Pelbagai usaha telah dilancarkan melalui kempen berkenaan, termasuklah pembukaan Malakat Mall – pasar raya besar yang menghimpunkan ribuan produk keluaran muslim.

Kempen berkenaan terus melangkah ke depan dengan merancang membuka sebanyak 10 buah Malakat Mall dan 1,000 cawangan Raudhah Grocer tahun lalu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker