UMNO mesti adakan pemilihan Jun ini demi selesai krisis kepimpinan – Shahidan

UMNO perlu mengadakan pemilihan parti seperti dijadual pada Jun.

Demikian ditegaskan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan, sekiranya pemilihan parti ditangguh, ia hanya akan menyebabkan krisis kepimpinan yang dialami UMNO berterusan.

“Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kena ambil pendekatan ini. Akhir sekali, masalah sekarang (adalah) krisis kepimpinan telah berlaku dalam UMNO.

“UMNO mesti mengadakan pemilihan parti mengikut perlembagaan pada akhir Jun, tidak boleh tangguh.

“Kalau tangguh kita akan hadapi krisis kepimpinan (seperti) apa yang berlaku kepada saya kerana ia tidak beri apa-apa kekuatan kepada parti, tetapi menambahkan luka,” katanya.

Shahidan turut berkata beliau akan mendedahkan berhubung gerakan dalam kalangan pemimpin UMNO yang cuba mendapatkan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, kata Shahidan, beliau akan menyimpan rahsia itu jika pemilihan parti diadakan pada Jun ini.

“Lepas Raya ini pun, (kalau) pemilihan bahagian dibuat Jun, saya akan menyimpan rahsia itu. Semua itu saya akan tulis dalam thesis doktor falsafah (PhD) saya nanti,” katanya lagi.

Shahidan berkata demikian pada satu sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara pada Sabtu.

Shahidan Kassim Akhirnya Gugur Jua

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker