KKM kena serang, tanda pagar #ApaMasalahSaudara pula trending



Sebaran :


SEMUA bermula apabila Kementerian Kesihatan (KKM) membuat hantara tentang fakta bumi di twitter mereka.

Hantaran itu mendapat reaksi daripada seorang pengguna azliy yang mempersoalkan posting tersebut.

Azliy menulis: “Sembang bumi pulak admin ni. Pergi kira kes sane. Bumi biar org lain cite.”



Hantaran azliy ini dibalas oleh admin twitter KKM: “Apa masakah saudara.”

Posting itu telah mendapat reaksi daripada penggunakan twitter yang menghasilkan tanda pagar dan ia trending selain mengundang perlbagai komen.

[email protected] berkata: “Masalahnya kami jururawat tak cukup staff untuk kerja sekarang Tolong sambung/serap lantikan kontrak la wehh…penatlaa nak hadap covid yang tak pandai turun…lepastu staff kontrak dah tamat…tinggal yang sedia ada nak tampung beban..orang atas mana peduli!”



[email protected] pula berkata: “Masalahnya, PM dah kata tak cukup duit. Laptop2 yg dijanjikan tak dibagi. Pemvaksinan lambat Kes Covid makin meningkat Ekonomi makin teruk.. Indonesia makin ok dari kita Bnyk lg masalah… Boleh tlg?”. SM

Sebelum ini tanda pagar #kerajaangagal menjadi trending.

Gerakan tanda pagar #KerajaanGagal yang sedang ‘trending’ di media sosial adalah perkara serius yang tidak boleh diambil mudah oleh kerajaan, kata seorang penganalisis politik.



Bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata tanda pagar itu hanya akan menjadi tular apabila mendapat perhatian pengguna media sosial yang kemudian dikongsi di akaun mereka sendiri.

Jangan ambil mudah isu tanda pagar #KerajaanGagal, Putrajaya diberitahu


Sebaran :


Leave a Reply