Brahim’s dapat notis gagal bayar hutang OCBC


KUALA LUMPUR – Brahim’s Holdings Bhd menerima notis gagal melunaskan bayaran hutang daripada OCBC Al-Amin Bank Bhd selepas syarikat itu tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya jumlah tunggakan sewa berjumlah RM49.88 juta pada 1 April 2021.

Hutang itu di bawah kemudahan pembiayaan Islam yang diberikan oleh OCBC kepada Brahim’s.

Dalam notis kepada Bursa Malaysia hari ini, Brahim’s yang merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan sebagai PN17 menghadapi masalah aliran tunai akibat daripada kesan Covid-19.

Masalah kewangan syarikat itu berlaku pada tahun 2019 dan kemudiannya disenaraikan sebagai PN17.

“Situasinya semakin parah dan syarikat itu kini menghadapi kesukaran dalam aliran tunai. Syarikat telah melakukan perbincangan dengan OCBC rundingan pengurangan dalam nilai aset dan penyelesaian masih berlangsung.

“Skim penyelesaian ini menjadi sebahagian daripada pelan pengaturan PN17 syarikat,” kata Brahim’s, sebuah syarikat perkhidmatan katering penerbangan.

Brahim’s telah diberikan tujuh hari dari semalam untuk menyelesaikan pembayaran RM49.88 juta, jika gagal, OCBC, yang diwakili oleh firma guaman Shook Lin & Bok, tidak mempunyai pilihan lain, selain terpaksa menuntut agar jumlah tersebut segera dibayarkan.

Brahim’s yang mencagarkan 100% sahamnya dalam Tamadam Industries Sdn Bhd untuk mendapatkan pembiayaan dari OCBC, merancang untuk melupus dan membubarkan Tamadam untuk meraih wang.

Wang tersebut pula akan digunakan untuk menyelesaikan sebahagiannya hutang tertunggak kepada OCBC.

“Syarikat juga akan menggunakan hasil dari pelupusan itu untuk penyelesaian dan merundingkan jumlah hutang tertunggak yang masih ada.

“Perbincangan dengan bank sudah dilakukan dan dipertimbangkan dan syarikat akan diminta untuk menyusun rancangan pelupusan dan membuat cadangan yang lebih konkrit dan besar untuk pertimbangan bank,” kata syarikat itu lagi. MG

Minta Hutang Cara Ekstrem, Keluarga Terkejut Terima Buku Yasin Dengan Gambar Penghutang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker