Polis Johor Tahan Polis Kuala Lumpur, ASP Dicekup Berhubung Kes Datuk Seri Nicky



Sebaran :

 

PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Pegawai berusia 40 tahun dan memegang jawatan sebagai ketua bahagian di salah satu jabatan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Kuala Lumpur itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam tadi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, suspek kemudian dibawa ke IPK Johor untuk siasatan lanjut.



“Saya bukan cakap kosong hendak tangkap polis terlibat Datuk Seri Nicky”

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Pada 15 April lalu, Utusan Malaysia mendedahkan Deputi Superintenden Polis (DSP) dan ASP antara kira-kira 34 nama anggota dan pegawai polis yang telah dikenal pasti menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.- UTUSAN ONLINE

 

‘Nama pegawai polis tular tiada kaitan dengan ‘Geng Nicky’


Sebaran :


Leave a Reply