Pembinaan SJKC Too Joon Hing bukti parti ‘gajah’ takut MCA



Sebaran :

Sekolah yang bertentangan Perlembagaan mesti ditutup

Demi maslahah umum dan kepentingan bersama, kesilapan pemimpin dahulu memberi laluan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) selepas merdeka mesti ditamatkan.

Ini kerana, ianya bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah membantutkan hasrat kerajaan untuk membina perpaduan kaum di negara ini.

Atas dasar itu, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Haji Zamani Ibrahim menyarankan kepada pihak kerajaan supaya merancang dari sekarang untuk mewujudkan di negara ini hanya satu sistem sahaja iaitu sekolah kebangsaan.



“Kerajaan mesti merancang demi maslahah umum dan kepentingan bersama. Sudah banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini menjadi sekolah kurang murid (SKM).

“Saya berpandangan mana-mana SKM terutama sekolah yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan hendak ditutup,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pembinaan SJKC Too Joon Hing di Bandar Kinrara bukti ketakutan parti ‘gajah’ kepada tuntutan MCA.



Tanpa menyebut nama parti itu, Ustaz Zamani secara sinis berkata, parti ‘gajah’ yang diharapkan boleh menumbangkan pokok ketika meluru di dalam hutan, tidak boleh diharapkan kerana sudah menjadi gajah sarkas yang telah dijinakkan MCA.

Jangan bisu bila Islam dihina! Kes Adib, LTTE dan tulisan Jawi apa cerita?

Dalam hal ini katanya, DAP dan MCA mempunyai persefahaman yang mantap dalam membawa agenda bangsa Cina.

“Apabila menyentuh isu pendidikan bangsa Cina, MCA tidak perlu tunggu masa yang lama untuk muncul mempertahankannya.



“Isu majikan Cina memukul orang Islam kerana berpuasa, tiada keperluan MCA bersuara walaupun YB MCA itu dari kawasan majoriti Melayu,” katanya.

Berikutan itu, beliau menggesa isu sebegini ditangani segera di samping memperkasakan kepentingan pendidikan untuk sekolah kebangsaan.

“Orang Melayu, orang Cina, orang India dan apa juga bangsa bagi warganegara Malaysia, mereka tiada pilihan untuk pendidikan di Malaysia kecuali bersekolah di sekolah kebangsaan,” katanya.



Terdahulu, penduduk Bandar Kinrara membantah sekeras-kerasnya pembinaan SJKC yang kelima dalam kawasan majoriti Melayu.

Mewakili suara penduduk, Ketua UMNO Subang, Datuk Armand Azha berkata, pihaknya amat tidak berpuas hati dengan pembinaan SJKC Too Joon Hing kerana tidak seimbang dengan populasi penduduk di situ.

Beliau menjelaskan, sekolah kebangsaan yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan hanya tiga sahaja jumlahnya, sedangkan SJKC ditambah kepada lima.



Walhal, katanya, majoriti penduduk di kawasan itu adalah orang Melayu dan bukan orang Cina.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr Mah Hang Soon – yang mempertahankan pembinaan sekolah itu – menegaskan supaya isu tersebut tidak dipolitikkan.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Ng Sze Han mendesak UMNO untuk tidak mempolitikkan isu pendidikan, dan menekankan bahawa proses penubuhan SJKC Too Joon Hing adalah berdasarkan prosedur, dan persetujuan Kementerian Pendidikan serta kebenaran pembangunan daripada Dewan Bandaraya Subang Jaya.



Tanpa darurat, rakyat tetap ikut SOP – Mahathir


Sebaran :


Leave a Reply