Instafamous Nadira mohon maaf, padam gambar dengan PU Amin



Sebaran :


PETALING JAYA- Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Permohonan maaf itu dibuat Nadira sebentar tadi di Instagram miliknya selain memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.

“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.



“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” katanya.

Sebelum ini tular di laman media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.

Sementara itu, PU Amin menerusi hantaran Facebook miliknya turut meminta wanita itu memadamkan gambar mereka bersama di Instagram. K Online



Dalam video yang sama, Nadira turut memohon maaf kepada warga maya yang kecewa dengan gambar tular tersebut.

“Saya sekali lagi memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin sendiri dan orang yang melihat posting itu.

“Saya akan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa akan datang,” katanya.



Ujian berat, saya minta maaf – PU Amin


Sebaran :


Leave a Reply