Jangan bisu bila Islam dihina! Kes Adib, LTTE dan tulisan Jawi apa cerita?

Video mempromosikan judi yang tular di media sosial, dipercayai berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa menyekat perkembangan industri perjudian.

Terdahulu, tular dua klip video iklan judi bertemakan Hari Raya, dipercayai diterbitkan syarikat menyediakan platform perjudian secara dalam talian menerusi laman sesawang.

Video iklan berkenaan dianggap menghina umat Islam pada bulan Ramadan dan cuba mempengaruhi muslim bermain judi bagi mencari dana untuk pulang berhari raya.

Kesal dengan insiden itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat menggesa pihak berkuasa memandang serius isu berkenaan.

“Jangan pergunakan agama untuk anda naik lepas itu anda lupa tanggungjawab untuk membela agama.

“Ini melampau. Kalau anda lupa nak bela NGO, kami boleh bersabar tapi jangan agama dihina kita jadi…bisu,” katanya menerusi video dimuatnaik di Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau pelik isu-isu menyentuh sensitiviti masih berlaku walaupun DAP tidak lagi memerintah negara.

Lebih pelik lagi kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim; Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) serta penghinaan tulisan Jawi yang memerlukan tindakan berlalu begitu sahaja.

“Yang pasti kerajaan bertukar. Anda semua yang berdemo bersama kami sekarang sudah jadi menteri. Pegang jawatan besar, gaji puluhan ribu. Sekarang waktu buktikan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker