Tanpa darurat, rakyat tetap ikut SOP – Mahathir


KUALA LUMPUR: Proklamasi Darurat tidak membantu kerajaan menangani COVID-19 dengan lebih baik.

Demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pautan terkini di blognya chedet.cc, yang menambah semua langkah pembendungan COVID-19 boleh dilaksanakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Namun, Dr Mahathir menambah, rakyat tidak pernah ingkar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, walaupun tanpa pengisytiharan Proklamasi Darurat.

“Rakyat menerima kompaun tinggi atau hukuman penjara yang dikenakan apabila mereka mengingkari SOP yang ditetapkan,” katanya.



Kerajaan sebelum ini mengisytiharkan darurat berkuat kuasa 11 Januari lalu sehingga 1 Ogos ini, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata peruntukan dalam Ordinan Darurat itu mengatasi Perlembagaan Persekutuan – undang-undang tertinggi negara.

“Jadi, setiap langkah sementara yang dilakukan berdasarkan ordinan tersebut adalah mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dilindungi daripada sebarang tindakan, saman, pendakwaan atau apa sahaja prosiding mahkamah.

“Imuniti yang dimiliki Perdana Menteri dan Kerajaan daripada sebarang tindakan undang-undang dikukuhkan lagi dengan penggantungan Parlimen. Secara kebiasaannya, usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri jika diluluskan di Parlimen akan menyebabkan kerajaan ini jatuh,” jelasnya.



Justeru, Dr Mahathir berkata, apa yang tinggal ketika ini adalah Pilihan Raya Umum.

Tegasnya, sekiranya pilihan raya tidak dilakukan dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan Perikatan Nasional akan kekal berkuasa.

“Terdapat beberapa undang-undang yang dilaksanakan kerajaan ini telah melangkaui undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang tertinggi di negara ini tidak lagi berfungsi.



“Kerajaan ini kini ditadbir berdasarkan keputusan. Tiada lagi demokrasi. Suara rakyat dalam sistem demokrasi adalah menerusi Parlimen, ia kini tidak dibuka.

“Ungkapan paling sesuai bagi kerajaan ini adalah diktator,” katanya. Awani

Kenyataan Marzuki Petanda Mahathir Kembali Sertai Kerajaan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker