Nak menunjuk pistol tertembak kawan sendiri


BENAR kata orang, nak menunjuk pun biarlah berpada-pada.

Itu yang terjadi kepada seorang pengawal peribadi yang tertembak rakan sendiri sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian perut.

Puncanya hanya kerana pengawal peribadi berusia 33 tahun itu mahu menunjuk-nunjuk sepucuk pistol jenis CZ 75 yang dimiliki kepada rakan-rakannya.

Dalam kejadian yang berlaku di tepi sungai Jalan Swee Lee, Kuala Kurau, Parit Buntar itu, pengawal peribadi itu dikatakan sedang minum arak bersama mangsa dan dua lagi rakan mereka iaitu seorang pemilik syarikat lori berumur 37 tahun dan penjaga stor berusia 48 tahun.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis menerima panggilan mengenai mangsa yang juga seorang penjaga kambing berusia 23 tahun daripada unit kecemasan Hospital Parit Buntar pada pukul 6.30 petang.

Beliau berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Parit Buntar akibat luka pada bahagian kiri perut.

“Pengawal peribadi yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Kuala Lumpur itu berjumpa tiga rakannya bagi menghadiri upacara sembahyang kematian seorang lagi rakan mereka dan ketika itu lelaki terbabit mengeluarkan pistol dengan niat menunjuk-nunjuk.

“Pada awalnya lelaki tersebut telah mengeluarkan kelopak peluru pistol tanpa menyedari masih terdapat sebutir peluru di dalam chamber lalu menarik picu pistol hingga menyebabkannya meletup dan terkena mangsa yang berdiri di hadapannya pada jarak lebih kurang satu meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Baca artikel berkaitan: Penyelia asrama direman, makanan pelajar pun ada nak menipu

Sehubungan itu, Anuar berkata, polis telah menahan pengawal peribadi berkenaan dan dua lagi rakannya untuk membantu siasatan.

Katanya, polis juga telah merampas sepucuk pistol bersama kelopak berisi lapan peluru jenis 9 milimeter (mm), sarung pistol dan sebutir kelongsong tertera tulisan 9mm daripada lelaki tersebut.

Ketiga-tiga lelaki itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960. Utv



[VIDEO] Budak dua tahun maut tertembak diri sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker