Kes curi kereta, rogol, samun naik di Sarawak

Kes curi kereta, rogol, samun naik di Sarawak

Kuching: Kes curi kenderaan, rogol dan samun dilaporkan meningkat di negeri ini walaupun indeks kes jenayah secara keseluruhan menurun dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, peningkatan itu dikesan berlaku selepas negara beralih ke fasa endemik sejak April lalu.



Menurutnya, ia berlaku apabila banyak kelonggaran diberi membuatkan rakyat bebas bergerak selepas pelbagai sekatan dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020.

“Apabila banyak kelonggaran diberi, penjenayah turut mengintai peluang dan mengambil kesempatan daripada kelalaian orang ramai untuk mereka melakukan jenayah khususnya mencuri kenderaan.

“Penyeludupan kenderaan curi ke negara jiran juga antara faktor peningkatan kes dan polis sudah mengesan kegiatan itu, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perbarisan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.



Mohd Azman berkata, dalam tempoh Januari hingga Jun lalu, kes kecurian kereta didapati meningkat sebanyak 92 kes, curi motosikal meningkat 36 kes manakala kenderaan berat meningkat satu kes.

Selain kecurian kenderaan, kes rogol turut meningkat sebanyak tiga kes, manakala samun tanpa senjata api meningkat enam kes dalam tempoh peralihan ke fasa endemik itu.

Bagaimanapun, Mohd Azman berkata, secara keseluruhan indeks jenayah indeks di Sarawak menurun sebanyak 447 kes kepada 1,910 kes bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, berbanding 2,357 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bagi kategori jenayah kekerasan, sebanyak 290 kes dilaporkan dalam tempoh enam bulan dan ia menurun 28 kes berbanding 318 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Peningkatan hanya dilaporkan dalam kes rogol dan samun tanpa senjata api.



“Bagi kategori jenayah harta benda pula, sebanyak 1,620 kes dilaporkan dan ia menurun 419 kes berbanding 2,039 kes dalam tempoh sama tahun lalu, namun peningkatan dilihat dalam kes kecurian kenderaan,” katanya.

Bagi kes dadah, nilai rampasan meningkat dalam tempoh enam bulan tahun ini iaitu sebanyak RM8.8 juta berbanding RM8.2 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Manakala, sebanyak 1,278 kes jenayah komersial dilaporkan dan menurun sebanyak 174 kes berbanding 1,451 kes tahun lalu.

“Kerugian akibat jenayah komersial dalam tempoh enam bulan tahun ini adalah sebanyak RM36 juta dan ia meningkat berbanding RM30.5 juta tahun lalu,” katanya.



Mengenai lapan rakyat Sarawak berusia 19 hingga 36 tahun yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja pada April lalu, Mohd Azman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bersama Bukit Aman.

“Dua mangsa yang berasal dari Sibu sudah balik ke negeri ini dan kita sedang menyiasat kes enam lagi mangsa yang masih berada di Kemboja,” katanya. HM

Kes curi kereta, rogol, samun naik di Sarawak


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya



Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker