Anggota tentera, rakan maut motosikal terperosok bawah lori

Oleh – Syeikh Baran

Anggota tentera, rakan maut motosikal terperosok bawah lori

Seorang anggota tentera dan rakannya maut selepas motosikal yang mereka naiki tidak berjaya memotong sebelum merempuh sebuah lori yang sedang membelok masuk ke simpang di Kampung Tok Che Dol, di sini semalam.



Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, anggota tentera, Mohd. Hafizul Abdullah Sani, 23, dan Muhammad Zulekhman Mokhtar, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan mendapati, anggota tentera yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR dengan membonceng rakannya itu dalam perjalanan dari arah Batang Merbau menghala ke Gua Ipoh, di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun berada di depan mangsa telah membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Mangsa yang ketika itu cuba memotong lori tersebut telah merempuh bahagian kanan belakang kenderaan itu.



“Keadaan itu menyebabkan Mohd. Hafizul terperosok di bawah lori manakala rakannya tercampak ke dalam semak di tepi jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota tentera yang bertugas di Markas Tentera Darat, Kuala Lumpur itu dan rakannya dihantar ke Hospital Tanah Merah, di sini untuk dibedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker