[VIDEO] Gaduh kerana pembayaran makanan, pemilik, pelanggan restoran bergasak


IPOH : Isu pembayaran makanan antara pemilik dan pelanggan dipercayai menjadi punca pergaduhan di luar sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, seperti yang tular di laman sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian tersebut, sebaik ia berlaku kira-kira 9 pagi tadi.

Susulan siasatan, pihaknya menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi di antara pemilik restoran berumur 39 tahun dan pelanggan berumur 38 tahun, atas isu pembayaran makanan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 160/427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Asmadi berkata, pihaknya turut mengesan pemilik akaun Twitter bernama “V 3 3 R U @ VEERUUUUUUUU”, yang mengeluarkan tweet mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil tindakan sewajarnya, dengan berkongsi satu video mengenai kejadian pergaduhan tersebut.

Asmadi berkata semakan polis mendapati, beberapa individu yang dilihat berpakaian uniform warna gelap di dalam video itu bukan anggota polis, sebaliknya anggota pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ipoh mengenai perkara yang tular berkenaan, untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. FMT

Laki bini mana yang bergaduh pulak ni?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker