Putera Mahkota Saudi Kena ‘Main’, Beli Lukisan Palsu Dipercayai Milik da Vinci Pada Harga RM2 Bilion


Tahukah anda pada November 2017, satu pertempuran harga selama 20 minit sedang berlangsung di rumah lelong Christie dengan sebuah karya yang dipercayai dari Leonardo da Vinci telah menjadi taruhan. Lukisan bertajuk Salvator Mundi atau Savior of the World ini pernah dijuluki sebagai Mona Lisa lelaki, ia telah menjadi perhatian golongan kaya dari seluruh dunia. Tawaran harga dibuat oleh para jutawan dan muzium di China, AS, Qatar, Rusia dan Arab Saudi.

Pada hari sebelum lelongan dibuka kepada kelompok kayangan ini. Rumah lelong Christie menganggarkan bahawa lukisan da Vinci akan dijual pada harga USD$ 100 juta. Tetapi apa yang mereka tidak jangka adalah ia dibeli pada harga yang lebih tinggi, iaitu USD$ 450 juta atau sekitar RM2 bilion. Anda tahu siapa yang membelinya? Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman atau lebih kenali sebagai MBS.

Harga yang dibeli oleh MBS telah mencipta rekod sebagai karya seni paling mahal pernah dijual di acara lelongan awam. Rekod sebelum ini dipegang oleh bekas perdana menteri Qatar, Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani yang membeli karya seni berhara USD$ 179 juta untuk karya Pablo Picasso bertajuk “Women of Algiers (Versi O)” pada tahun 2015.

Apa yang menjadi masalah sekarang adalah dakwaan yang hadir dari siri dokumentari The Savior for Sale iaitu Salvator Mundi yang dibeli oleh MBS bukanlah hasil kerja tangan asli da Vinci. Laporan itu menyatakan bahawa walaupun beberapa sarjana terkemuka menganggap Salvator Mundi sebagai karya asli oleh da Vinci, tetapi hujah ini telah dipatahkan oleh beberapa pakar lain yang berpendapat bahawa da Vinci hanya menyumbangkan beberapa elemen kepada lukisan itu sahaja.



Nak dijadikan cerita, setelah membeli lukisan yang dipercayai hasil kerja tangan da Vinci pada tahun 2017, rancangan asal MBS adalah untuk mempamerkan lukisan itu di Abu Dhabi selama dua tahun. Kemudian berpindah pula ke Paris pada 2019 dengan tujuan untuk memperingati ulang tahun ke-500 kematian Leonardo da Vinci.

Semasa di Paris, lukisan berharga USD$ 450 juta ini telah menjalani pelbagai jenis ujian yang dijalankan oleh pihak muzium. Hasil ujian itu mengejutkan. Karya terbabit kata seorang sumber muzium adalah bukan hasil kerja tangan asli da Vinci dan ia telah dikuatkan lagi oleh pandangan pakar bahawa lukisan itu hanya dihasilkan di studio da Vinci tetapi bukan dari da Vinci.

Dan pada hari di mana muzium seni ini mahu dibuka kepada orang ramai untuk memperingati da Vinci. Lukisan yang paling banyak menjadi sebutan orang ramai tidak membuat kemunculan. Kejadian ini bukan sahaja mencetuskan tanda tanya kepada awam – adakah lukisan itu karya asli da Vinci? – tetapi ia juga meletuskan krisis diplomatik di antara Saudi dan Perancis.

Keluarga diraja Saudi yang berang apabila diberitahu mengenai kepalsuan lukisan itu bertegas untuk lukisan itu dipamerkan juga. Sambil meletakkan syarat bahawa lukisan itu mesti berada di sebelah Mona Lisa. Ada laporan menyatakan bahawa pihak Saudi sedia melobi Perancis jika lukisan itu dibenarkan untuk membuat pertunjukan. Khabar angin ini hadir setelah wujud kebimbangan para pelabur bahawa isu ini akan memberi kesan kepada hubungan strategik dan ekonomi antara Saudi dan Perancis.



Bagaimanapun, permintaan MBS mulanya ditolak oleh pihak muzium, dengan alasan bahawa Mona Lisa disimpan di bilik yang dibina khas dan tidak dapat menampung 30,000 pengunjung. Dan seterusnya ditolak dengan tegas oleh Presiden Macron, dengan alasan bahawa dia tidak boleh membiarkan kredibiliti Perancis menjadi taruhan. Vc

Putera Mahkota Arab Saudi Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker