Belasah pekerja, mohon maaf… iklan judi, mohon maaf…mana maruah Islam?
Pihak singgung perasaan umat Islam asyik minta maaf
Sudah dijangka, permohonan maaf akan diungkapkan pihak yang mengguris hati umat Islam, termasuk majikan yang didakwa membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada bulan Ramadan.
Menerusi video yang disiarkan The Star, lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong atas insiden yang berlaku.
“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.
“Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dalam bahasa Mandarin.
Bagi mantan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, permohonan maaf majikan itu bukan sesuatu yang baharu.
Dua remaja perempuan dituduh bunuh penghantar makanan warga Pakistan
Beliau juga tidak pelik apabila pihak yang terbabit dalam iklan kontroversi yang mempromosikan aktiviti perjudian atas talian sempena Hari Raya meminta maaf.
“Mohon maaf. Majikan yang belasah pekerja kerana berpuasa mohon maaf.
“Pihak yang mempromosikan judi melalui iklan raya mohon maaf. Maaf, maaf, maaf.
“Di manakah martabat umat dan maruah agama ini?,” soalnya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai dua klip video iklan bertemakan Hari Raya yang dipercayai diterbitkan syarikat menyediakan platform perjudian secara dalam talian menerusi laman sesawang.
Berikutan itu, polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Loh Kee Hoe yang dipercayai dalang utama kepada pembikinan dua video iklan berkenaan.
You must be logged in to post a comment.