Tahap kesihatan bapa makin merosot, Ebit Lew mohon doa semua orang


RAMAI yang sedia maklum dengan pendakwah bebas, Ebit Lew yang hampir setiap hari aktif memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum.

Namun, disebalik keghairahan Ebit Lew membantu orang ramai sambil berdakwah, rupanya ada dugaan yang dihadapi pendakwah bebas itu sekarang.

Dalam satu status yang dimuat naik di laman sosial, Ebit meminta orang ramai mendoakan bapanya yang mengalami masalah kesihatan.

“Doakan yer. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana.



“Atas katil jer. Rindu ayah teramat sangat. Seorang ayah yang kerja siang malam. Tak reti berehat dari muda demi keluarga. Hidupnya bahagia memberi sesuatu buat isteri dan anak-anak.

“Seorang ayah yang lupa dirinya. Dimata dan hatinya hanyalah kebahagiaan buat isteri dan anak-anak. Hari-hari bercinta dengan mak. Menghargai mak macam remaja bercinta. Melihat dirinya sakit membuat hati saya amat sedih dan gelisah..

“Ya Allah berilah kesihatan buat bapa. Berilah semangat dan kekuatan buat dirinya. Saya berada disini sekarang asbab doa dan kasih sayang ibu dan bapa saya ini. Mak dah pergi dulu. Bapa ku inilah kekuatan buat diriku,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut memuat naik videonya bersama dengan bapanya.



Menerusi video tersebut, Ebit dilihat memeluk dan mencium tangan bapanya yang kini mengalami masalah kesihatan. SM

Ustaz Ebit Lew Beli 500 Tab Guna Wang Sumbangan TMJ Untuk Pelajar Kelas Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker