DAP dakwa persempadanan semula rugikan bukan Islam, PAS bangkit nafikan

ISKANDAR PUTERI – Pas menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa hasrat parti Islam itu membuat persempadanan semula sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya akan merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan, langkah tersebut adalah untuk mengembalikan semula hak kepada rakyat yang ditindas selama ini.

“Hasrat Pas melakukan persempadanan semula sekiranya menang PRU15 adalah impian setiap parti, mana ada parti yang tidak mahu perluaskan penguasaan mereka. Ini realiti.



“Selain itu, ia juga menjadi hak rakyat di kawasan terlibat untuk persempadanan semula khususnya melibatkan negeri di pantai timur yang dizalimi begitu lama dari sudut keluasan dan jumlah Parlimen.

“Sebagai contoh Terengganu, sejak 1963 hanya ada lapan Parlimen sehingga kini. Kelantan ada 14 kerusi Parlimen, Kedah 15 dan Pahang 14.

“Ini merupakan satu perkara yang kita hendak betulkan dan kembalikan hak kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan KPRJ Builders Sdn Bhd di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di sini pada Isnin.

Najib ‘ajar’ kerajaan cara tarik pelabur



Pada Ahad, Guan Eng ketika berucap merasmikan Konvensyen Biasa DAP Melaka di Melaka berkata, hasrat Pas melaksanakan persempadanan semula seandainya menang dua per tiga dalam PRU15 adalah dasar aparteid yang menafikan hak bukan Islam.

Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mengadakan persempadanan kawasan berdasarkan kaum dan agama.

“Pas ini yang paling bahaya, sebab apa kena menang majoriti dua per tiga supaya boleh buat persempadanan semula yang hanya menguntungkan orang Melayu dan orang Islam sahaja. Ini menafikan hak orang bukan Islam,” ujar Guan Eng.



Mengulas lanjut, Dr Mohd Khairuddin berkata, hasrat Pas itu tidak sekali-kali akan merugikan masyarakat bukan Islam sebaliknya kenyataan Guan Eng hanyalah dakwaan pembangkang yang merasakan mereka akan mengalami kerugian.

Najib Jawab Shahidan

Mengenai dakwaan Guan Eng bahawa Pas sebagai parti paling berbahaya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, Pas sememangnya merupakan parti paling berbahaya kepada DAP kerana perbezaan ideologi kedua-duanya.



“Betul, bahaya kepada DAP. Pas parti paling bahaya kepada DAP kerana ideologi DAP bertentangan dengan ideologi dibawa Pas, iaitu Parti Islam Semalaysia.

“Itulah yang menakutkan DAP dan bukan sekali mereka takut pada kita, tetapi dari dulu lagi,” katanya yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

 

Apa Langkah Kerajaan PN Untuk Selamatkan Ekonomi Dan Rakyat? – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker