Naelofar kini dijual di Lotus’s Malaysia


Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), yang dulu dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, bekerjasama dengan jenama pakaian Muslimah, Naelofar pada musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah, berkata kerjasama dengan Naelofar membuktikan bahawa Lotus’s bukan sahaja destinasi untuk membeli-belah barangan runcit, tetapi juga untuk pembelian fesyen yang bergaya dan menggembirakan.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Naelofar pada bulan Ramadan dan Hari Raya ini untuk menawarkan bukan hanya tudung yang bergaya kepada pelanggan, tetapi juga pelbagai pilihan barangan pinggan mangkuk raya, sarung bantal, selimut dan beg tote yang berkualiti dengan harga berpatutan.

“Ini adalah kali pertama Naelofar bekerjasama dengan jenama pasar raya besar dan kami bangga dapat bekerjasama dengan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Koleksi tudung Naelofar terdapat dalam dua reka bentuk iaitu Selendang Segera Lana dan Selendang Semi Maia Semi yang dijual pada harga RM59 sehelai.

Ia boleh didapati di 30 cawangan Lotus’s di seluruh negara iaitu Lotus’s Melaka, Seri Alam, Desa Tebrau, Semenyih, Melaka Cheng, Nilai, Mutiara Rini, Eco Tropics, Ampang, Kajang, Kepong, Rawang, Selayang, Cheras, Klang, Shah Alam, Setia Alam , Kuala Selangor, Bandar Bukit Puchong, Ipoh, Sg Petani, Kota Bahru, Taiping, Kampar, Ipoh Station 18, Sg Petani Selatan, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Jitra.

Sementara itu, Lotus’s sedia membantu pelanggan mencipta kenangan baharu sempena perayaan Hari Raya yang akan datang ini melalui kempen ‘Raya Mesti Raya’.

Ia sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan masih dapat memperolehi makanan raya seperti rendang dan sate dengan daging lembu Brazil yang diimport (RM11.89 per pek), Australia Bone-in Lamb Leg (RM27.39 sekilo) serta seekor ayam dengan harga RM5.99 sekilo.

Semua produk daging ‘Raya Mesti Raya’ di Lotus’s dijamin halal, dengan perakuan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lotus’s juga akan memberi potongan sehingga 35 peratus untuk kebanyakan makanan sejuk dan beku seperti sosej ayam, bebola daging, bebola ikan, daging sapi cincang serta tempura nugget untuk juadah berbuka puasa yang lebih cepat dan mudah.

Kempen Lotus’s ‘Raya Mesti Raya’ adalah sehingga 2 Jun 2021 di semua 62 cawangan dan saluran dalam talian Lotus’s termasuk platform membeli-belah rumah runcitnya, Lazada serta Shopee. BH

Neelofa diselar penunggang agama, syarikat Fipper tampil perjelaskan kekeliruan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker