Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,412 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Dalam kenyataan pada Sabtu, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 477 km ke timur laut Tacloban, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 8 malam Sabtu, angin taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 203 km/j.

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia. – Bernama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker