Biodata dan Latar Belakang Ezlynn
Biodata dan Latar Belakang Ezlynn
Azline binti Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Ezlynn, merupakan seorang penyanyi, pelakon & pengacara di Malaysia. Dilahirkan pada 27 September 1981 di Ulu Kinta, Perak, beliau merupakan artis KRU Production. Album pertamanya berjudul Ehmm….
Sebelum menceburi bidang nyanyian, beliau aktif dalam bidang lakonan dan pergawati. Memiliki syarikat hiburan sendiri, Ezlynn Entertainment.
Beliau telah mengacarakan program realiti Mentor sebanyak dua musim yg disiarkan secara live di TV3.
Ezlynn pernah berlakon dalam filem Zombi Kampung Pisang dan program realiti TV terbaharu terbitan Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia.[1] Beliau juga terlibat dengan program Gegar Vaganza musim kedua terbitan Astro Ria & Astro Ria HD.
Dia mendirikan rumah tangga dengan pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin, 36, pada 20 November 2011
FOTO
Nama lahir | Azline binti Ariffin |
---|---|
Kelahiran | 27 September 1981 Ulu Kinta, Perak, Malaysia |
Genre | Pop, pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi,Pelakon |
Tahun aktif | 2002–kini |
Syarikat rakaman
|
Album studio
- Ehmm.. (2003)
- Pssst… (2004)
Single
- Semarak Kedamaian (bersama Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Erra Fazira, Yusry KRU, Fazley) (2003)
- Mungkin Esok (My Spy OST) (2009)
- Tic Tac Toe (2013)
- Dusta (2014)
- Goyang (2018)
Lagu
- Hi Hi Bye Bye
- Cinta Pura-Pura
- Sengsara
- Entah Bila?
- Selagi
- Mimpi
- Jangan Gangguku Lagi
- Mencari Erti
- Bersamamu
- Tak Ingin
- Jikalau Aku
- Goyang
Filemografi
Filem
- Diva Popular
- Bilut
- Adik Manja Returns
- Zombi Kampung Pisang
- Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
- Bola Kampung The Movie
Televisyen
- Fear Factor Selebriti Malaysia
- Mentor – pengacara musim pertama dan ke-2
- Gegar Vaganza (musim 2) – peserta
Syarikat rakaman dan pengurusan
- KRU Records
- ALIBI Music
- EZLYNN Entertainment
You must be logged in to post a comment.