Rita Nadira berjaya bawa watak jahat dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu.
Drama Tak Sempurna Mencintaimu yang diadaptasi dari novel karya Rehan Makhtar di slot Akasia TV3 mulai 29 Mac 2021, Isnin hingga Ahad jam 7 malam.
PELAKON baharu, Rita Nadira, 23, diberi watak jahat dan beliau berjaya bawa watak tersebut dengan baik.
Pelakon ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon, Ezzrin Loy yang juga adik kepada Elfira Loy. Namun jelas Rita Nadira, sehingga hari ini hubungannya dengan Ezzrin masih lagi baik. Menolak ada masalah di antara mereka, jelasnya dia juga sangat menghormati hubungan yang sudah lama terjalin antara dia dan keluarga bekas kekasihnya itu. “Rasanya sudah dua tahun kami tidak lagi bersama, jujurnya…
Rita yang turut dikenali sebagai peragawati mulai menjinakkan diri dalam dunia lakonan dan mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.
“Saya kini solo. Sejak tahun lalu, kami berdua ambil keputusan untuk memberikan fokus dengan kerja masing-masing,” katanya.
Biarpun membawa haluan masing-masing, Rita berkata, dia dan Ezzrin masih berkawan baik dan tidak mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya itu.
Ditambah pula pengurus kepada Rita adalah ibu Ezzrin.
“Saya dan Ezzrin masih menjalinkan hubungan baik. Kami okay, masih berkawan dan tak gaduh pun. Apatah lagi ibunya adalah pengurus saya.
“Sekarang, dia fokus pada kerja dan begitu juga saya. Kami memutuskan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier,” katanya.
You must be logged in to post a comment.