Penyertaan Mahathir ke dalam PN perlu diberi perhatian – Annuar


Annuar rasa tak elok Zahid didesak berundur

Walaupun dilihat berseteru dengan Ahmad Zahid Hamidi, bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa, hari ini menyatakan rasa kurang senangnya terhadap gesaan sesetengah pihak agar presiden Umno itu berundur.

Jelas Annuar sama ada Ahmad Zahid perlu berundur atau sebaliknya terletak kepada tuan punya badan.

Dan jika mahu melepaskan jawatan tersebut kata ahli parlimen Ketereh itu ia mesti dibuat melalui peraturan parti.

“Saya rasa tak elok… saya tak setuju (Ahmad Zahid diminta berundur).

“Saya fikir kita ikut apa yang ada dalam peraturan partilah, kalau nak berundur, itu adalah hak kepada tuan punya badan.

“Bagi saya, kita ikut saja apa yang ada dalam peraturan parti,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menambah apabila tiba masa pemilihan parti itu nanti sesiapa saja boleh menawarkan diri untuk bertanding.

Pada masa sama Annuar berkata adalah perlu untuk ahli Umno mengurangkan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan parti itu tidak stabil.

Pandangan Mahathir ada merit

Annuar ditemui media selepas menyampaikan sumbangan Ramadan peringkat Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, muncul gesaan dari pelbagai peringkat supaya Ahmad Zahid melepaskan jawatan presiden Umno selepas terpalit kontroversi rakaman audio yang didakwa perbincangan di antara dia dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Annuar juga sebelum ini mendakwa Ahmad Zahid – yang pernah dilihat sebagai anak didik Anwar suatu masa dulu – memberikan perakuan bersumpah untuk menyokong ahli parlimen Port Dickson itu dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Antara pemimpin Umno yang membuat gesaan terbuka agar Ahmad Zahid berundur ialah Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah pula berpendapat jika rakaman audio berkenaan tulen Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin parti berkenaan.

Annuar berkata, jika pengunduran Ahmad Zahid menyebab ketidakstabilan ia juga tidak dapat memberi fokus terhadap matlamat untuk memperkukuhkan parti.

“Jadi saya fikir, tidak perlulah mendesak apa-apa. Tempoh memegang jawatan yang hakiki tamat pada 30 Jun, sekarang kita dah April, dua bulan saja lagi.

“Jadi lebih baik semasa Ramadan ini pemimpin Umno merapatkan saf dan bersabar.

“Proses demokrasi dalam parti mestilah berjalan seperti biasa tanpa ada kekalutan yang tidak diperlukan,” katanya.

Untuk rekod, Umno kini membuka ruang yang lebih besar kepada anggota parti itu untuk menyertai pemilihan berbanding ketetapan yang mewajibkan ada kuota tertentu sebelum ini.

Dalam perkembangan lain ketika ditanya berhubung kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang berkata dia “mungkin” akan mempertimbang cadangan untuk menyertai Perikatan Nasional jika tiada ‘penjenayah’ dalam kerajaan, Annuar menyifatkan pemikiran politik bekas perdana menteri itu patut diberikan perhatian.

“Saya tak nafikan Tun (Mahathir) adalah seorang yang cukup berpengalaman. Dia banyak pengalaman dalam soal politik dan saya nampak pandangan beliau ada merit-merit tertentu.

“Jadi setakat mana ia baik, ia patut diberikan perhatian. Setakat itu sahajalah. Saya tidak menafikan bahawasanya Tun masih mempunyai ketajaman pemikiran politik jadi apa-apa pandangan beliau itu boleh diberikan perhatian walaupun dia tidak mengikat sesiapa, kerana beliau memberikan pendapat secara individu tetapi kita menghargai,” katanya. Mk

Kenapa Annuar Musa panaskan semula isu lantikkan TPM Umno, apa ‘Agenda’ disebaliknya? – Puad Zakarshi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker