Guna darurat untuk kekal kuasa sebenarnya tak berintegriti, Zaid beritahu Hadi



Sebaran :


Seorang bekas menteri undang-undang berkata, orang yang tidak berintegriti adalah mereka yang menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk kekal berkuasa melalui darurat.

Zaid Ibrahim berkata, integriti berbeza dengan keperluan majoriti.

Merujuk kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang menyatakan apa guna orang politik memegang majoriti besar kalau mereka tidak ada integriti, Zaid berkata bagi Hadi dan barisan kepimpinan hari ini, integriti itu hanya ada pada orang yang belum dituduh atau tidak ada kes jenayah di mahkamah.



“Rumusan yang saya faham dari kenyataan ini ialah kalau parti seperti Umno dan Pakatan Harapan (PH) mendapat kemenangan besar, itu semua tidak ada erti kerana mereka tidak ada integriti.

“Sebaliknya, ramai pemimpin Umno sekarang ini (ramai menggelar kumpulan pemimpin ini ‘kluster mahkamah’) nampaknya tidak berintegriti,” katanya dalam kenyataan.

Zaid berkata, golongan berkenaan tidak hipokrit dan tidak menyalahgunakan kuasa.



Menjelaskan maksud sebenar integriti, Zaid berkata ia adalah sifat dan nilai seseorang seperti keikhlasan, keterbukaan, patuh kepada undang-undang dan tidak putar belit fakta untuk sesuaikan diri mereka dengan keadaan semasa.

“Orang yang dihadapkan ke mahkamah, di mana keputusan muktamad belum selesai tidak termasuk dalam golongan orang yang tidak berintegriti,” katanya.

Sebaliknya, Zaid berkata mereka yang tidak berintegriti adalah orang yang menggunakan kuasa kerajaan untuk “memujuk” wakil rakyat lompat parti, menggunakan wang kerajaan tanpa perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat.



Katanya, bercakap mengenai reformasi dan kerajaan cara Islam, tetapi tidak sanggup membuat perubahan struktur dan menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara secocok dengan kehendak negara demokrasi tulen juga tidak berintegriti.

“Biarlah rakyat menentukan siapa ada majoriti dan siapa ada integriti.

“Buatlah pilihan raya secepat mungkin supaya kita tidak lagi perlu bercakap mengenai hal-hal yang kita sendiri tidak faham atau tidak mahu faham,” katanya. FMT



Mana siasatan rakaman rahsia, soal Zaid


Sebaran :


Leave a Reply