Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua

 

Sebelum ini, viral mengenai isu rumah tangga Serina anak kepada chef selebriti iaitu Chef Wan yang baru saja mendirikan rumah tangga. Serina Redzuawan baru saja sah bergelar isteri kepada seorang anggota polis di Perlis iaitu Meor Mohammad Aidid. Malah, Meor Aidid didakwa telah bernikah kali kedua dengan Serina dan dimadukan tanpa kebenaran isteri pertama.

Terbaru, memetik laporan BH Online, Meor Aidid bagaimanapun akan bertanggungjawab dan memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berhubung isu berkenaan.

Saya sedia bertanggungjawab

Pasangan pengantin baharu itu difahamkan kita sedang dalam siasatan JIPS Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina.

Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab.

Hanya Serina isteri saya

 

Selain itu, cetus spekulasi dari bekas isteri yang dikenali sebagai Nur Hamizah yang menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah. Namun bagaimanapun, suami kepada Serina itu berkata hubungannya dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.

Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan. Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan. Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu.

Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu. Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami.

Dia bukan perosak rumah tangga saya

 

Tambahnya lagi, bekas isterinya yang yang membuat tuntutan cerai. Akuinya lagi, dia hanya ingin memulakan kehidupannya yang baharu bersama Serina.

Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya. Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu. Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.

Saya juga menghormati komen bapa mentua, Chef Wan. Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri. Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik.

Chef Wan ‘trauma’ Serina beritahu nak kahwin lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker