Malaysia kecam negara maju bolot vaksin



Sebaran :


SEPANG: Malaysia mengecam tindakan negara maju yang membolot vaksin COVID-19 sehingga menyebabkan bekalan untuk negara kurang membangun menjadi terhad.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata situasi zalim dan tidak adil oleh negara maju itu mengingatkan beliau kepada filem Titanic.

“Apabila kapal ini (Titanic) sedang karam, golongan kaya yang berada di kelas pertama mempunyai bot keselamatan. Negara miskin, yang kurang membangun pula, dibiarkan untuk lemas.



“Inilah apa yang sedang berlaku hari ini. Saya berharap dapat mempercepatkan program vaksinasi ini tetapi jadual penghantaran kita adalah seperti sedia ada.

“Kita tidak diberi keutamaan, perlu beratur menunggu giliran manakala negara kaya membeli bekalan yang mencukupi untuk memvaksinkan rakyat mereka untuk tiga, empat, lima kali.

“Jika ini bukan ketidakadilan, maka saya tidak tahu apakah ia. Dan kami sedang cuba yang terbaik untuk memastikan program vaksinasi kita berjalan sehingga selesai, bukan hanya untuk kesihatan awam, tetapi juga untuk pemulihan ekonomi yang amat penting,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Rangka Tindakan Kemampanan Malaysia Aviation Group (MAG) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Captain Izham Ismail.

Amnesty International baru-baru ini dalam laporan tahunannya mengecam negara kaya yang ‘hampir memonopoli’ bekalan vaksin COVID-19.



Malaysia mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 daripada lima pengeluar termasuk dari China dan Russia, bagi memvaksin lebih 80 peratus populasi dalam negara dengan anggaran kos RM2.05 bilion. BH

Vaksin percuma: ‘Kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat’ – Khairy


Sebaran :


Leave a Reply