Simpan buat apa?

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pertukaran beberapa pegawai kanannya selepas mengambil kira ke­­pentingan pasukan itu apabila segelintir mereka terpalit dengan salah laku.

Kesalahan salah laku itu termasuk melindungi dan tidak mengambil tindakan terhadap sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut pernah mendedahkan perkara yang sama baru-baru ini.

“Maka, pertukaran mereka daripada jawatan-jawatan sensitif ini adalah bagi memudahkan pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menjalankan siasatan tanpa gangguan.

“Tidak tahu apa alasan arahan tersebut ditangguhkan oleh menteri berkenaan. Buat apa nak simpan mereka ini.

“Bukankah ini bagus demi kepenti­ngan PDRM,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata sumber itu, bagi mengelakkan sebarang fitnah, maka wajar pegawai-pegawai kanan terbabit ditukarkan sementara siasatan dapat dilengkapkan.

“Ini kerana, mereka yang menggantikan itu pasti terdiri daripada pegawai-pegawai yang terbukti berintegriti,” jelasnya.

Kabinet “half past six”, Parlimen tidak bersidang dan rakyat tidak boleh berbuat apa-apa..

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu akan me­ngadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkaitan pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

Menurutnya, perjumpaan itu bagi menjelaskan tentang kedudukannya serta kuasa beliau selaku Ketua Polis Negara.

Ini kerana tindakan perintah pertukaran itu seperti mana undang-undang menyatakan Command and Control dika­wal selia polis adalah di bawah tanggungjawab Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara.

Terdahulu, tular di Facebook mendakwa berlaku campur tangan politik membabitkan menteri yang menge­luarkan arahan menangguhkan pertukaran ketua polis.

Hantaran itu menyatakan: “Nampaknya campur tangan politik dalam Command dan Control of PDRM dah melampau… Dengarnya pertukaran KP yang diarahkan oleh KPN ditangguhkan dulu atas arahan menteri.”

Pada 12 Mac lalu, PDRM me­lakukan rombakan melibatkan pertukaran pegawai-pegawai kanan melibatkan kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Senarai pertukaran terbaharu yang dikeluarkan Bukit Aman itu melibatkan 71 pegawai kanan

Tamat pengajian di Singapura, Syed Saddiq sumbang RM50,000 kepada golongan memerlukan di Muar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker