Bila ahli politik pura-pura bebal dan suci


Oleh Borhan Abu Samah

SENARIO begini. Jika UMNO kerjasama dengan Bersatu, akar umbi akan berpecah, sebab mereka tidak mahukan parti serpihan dan dianggap pengkhianat menunggang jentera mereka.

Bersatu pula tersilap langkah apabila mereka mahu mengambil alih peranan UMNO, kerana UMNO sebuah parti yang sudah lama dan lengkap strukturnya sukar ditiru.

Oleh itu jentera Bersatu sebenarnya sangat lemah, maka mereka memerlukan jentera UMNO dan Pas.

Jadi jika Pas dan Bersatu bersekongkol pada pilihan raya akan datang mereka tidak akan mampu membentuk kerajaan.

Dalam erti kata lain tidak akan ada parti yang mampu membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang.

Sebagai pemimpin politik dan presiden parti semua kini sedang melakukan runding awal kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.

Jika selepas pilihan raya baharu hendak dibuat rundingan ia sudah menjadi terlambat, sebagaimana berlaku kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

Mereka didesak, sedangkan jika mereka berjaya bergadung dengan satu atau dua parti lain, BN masih mampu membentuk kerajaan.

Namun dek kerana tidak menyangka keputusan mengejut berlaku, UMNO khususnya tidak bersedia.

Jadi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedar akan situasi itu, beliau perlu mempersiapkan parti dan kemungkinan bakal dihadapi selepas pilihan raya.

UMNO tidak boleh kalah satu lagi pilihan raya dan menjadi pembangkang, kerana itu akan melenyapkan terus parti berkenaan.

Jika benar tulen perbualan Zahid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR ia adalah perkara biasa di dalam politik.

Sedangkan Bersatu dan Pas terang-terangan mengkhianati dan menikam UMNO berdepan dalam banyak hal.

Khabar kencang bertiup jika UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional (PN), Warisan akan mengambil tempat UMNO sebagai komponen bagi mengekalkan kerajaan bersama-sama beberapa pemimpin PKR, DAP dan Amanah yang akan melompat.

Ada pemimpin yang telah keluar parti lebih awal tampil sebagai calon Bebas, dan mereka sebenarnya ‘katak’ yang sedang dipersiapkan untuk melompat jika berlaku UMNO keluar beramai-ramai dari kerajaan PN.

Pelik apabila Pas, Bersatu dan parti-parti lain juga melakukan pelbagai percaturan dianggap biasa, tetapi apabila melibatkan UMNO ia dianggap mengkhianati hubungan dan sebagainya.

Tiba-tiba sahaja para pemimpin politik lain termasuk pemimpin UMNO berlagak suci, sedang dubur mereka bergelumang dengan najis.

Ramai juga yang berpura-pura bebal. SM

Umno sedang dikhianati dari luar dan dalam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker