3,000 hektar tanah hutan simpan di Perak diteroka secara haram – MB Perak

Sebaran :

LENGGONG: Sejumlah 3,000 hektar tanah hutan simpan di seluruh Perak dikesan diterokai secara haram sehingga kini, menurut Menteri Besarnya, Saarani Mohamad.

Beliau berkata, isu itu sudah dan sedang ditangani pihaknya menerusi Jabatan Perhutanan, termasuk lima kes sudah dibawa ke mahkamah selain ada beberapa lagi kes yang masih dalam siasatan.

“Ada orang yang telah menebang, menebas, keluarkan kayu hutan secara haram dan menjualnya. Ada juga yang bercucuk tanam di tanah itu untuk pertanian. Ini penerokaan haram. Kita minta semua mereka berhenti serta-merta kerana kita ada peraturan tertentu dalam mengeluarkan hasil kayu.

“Kalau aktiviti penebangan tidak dikawal, ini akan menyebabkan banjir lumpur. Jabatan Perhutanan juga telah mengenal pasti siapa dan di mana penerokaan haram berlaku dan kita ada maklumat lengkap,” katanya dalam sidang media.



Terdahulu, Saarani menyempurnakan majlis perasmian Penghijauan Malaysia: Tasik Raban Lenggong sempena kempen 100 juta pokok peringkat negeri Perak yang turut dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah di Dataran Tasik Raban, 60km dari Ipoh, dekat sini.

Hamzah jangan kacau kerja KPN

Sementara itu, dalam sidang media sama, Shamsul Anuar berkata sehingga hari ini, sejumlah 5.8 juta pokok ditanam di seluruh negara dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi berbanding negeri lain.

“Saya yakin kita akan capai sasaran 100 juta pokok pada 2025 bersandarkan komitmen semua pihak terlibat,” katanya.

Saarani dan Shamsul Anuar sebelum itu menanam pokok selain meletakkan petak pokok yang sinonim dengan Perak antaranya pokok Ipoh, Beruas, Kangsar dan Sungkai yang ditanam di kawasan Tasik Raban.



Pada 5 Jan lepas, kempen Penanaman 100 juta Pokok (2021-2025) peringkat kebangsaan dengan tema “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” telah dirasmikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang turut dilaksanakan serentak di peringkat negeri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.

Aset dilucut hak, bankrap: Bagaimana mahu upah peguam bela diri?


Sebaran :

Leave a Reply