Ruhainies tak kena tempias kontroversi Risteena, Isa Khan
Kuala Lumpur: Ketika kakaknya, Risteena Munim dan abang iparnya, Isa Khan dirundung kontroversi mengenai isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan merentas negeri baru-baru ini, pelakon Ruhainies tidak terkena tempiasnya.
Ruhainies berkata, dia bersyukur kerana keluarganya tidak terkena tempias kontroversi yang kini sudah selesai itu.
“Jika dulu, sebelum Risteena kahwin mungkin orang akan kaitkan sebab saya adiknya. Jadi, kalau ada kontroversi mungkin saya dan keluarga akan kena tempias. Namun, selepas berkahwin, dia adalah isteri kepada Isa Khan. Jadi, apa saja kontroversi yang melanda mereka baru-baru ini, tidak memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, isu ‘panas’ membabitkan Risteena dan Isa yang dikatakan berbulan madu di sebuah pulau itu juga kini sudah diselesaikan dengan lancar.
“Apa pun, saya bersyukur sebab isu itu sudah selesai dan apa yang berlaku adalah salah faham,” katanya. Terbaru, Ruhainies kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cukup Derita Itu, bergandingan dengan Hisyam Hamid.
Sandal ‘Muslim Friendly’ bukan dianggap menunggang agama, menyalahi syariat – Ustazah Asma Harun
You must be logged in to post a comment.