Helikopter ‘pertama’ bakal terbang di Marikh

WASHINGTON: Helikopter robotik Ingenuity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) yang berada di Marikh bakal melakukan penerbangan pertamanya dalam tempoh dua hari lagi.

Helikopter ringan itu dijangka melakukan penerbangan pertamanya pada jam 10.45 malam Ahad ini dan akan terapung di udara untuk 30 saat, dengan ketinggian kira-kira tiga meter dari permukaan tanah.

Ketua Operasi Ingenuity, Tim Canham, berkata rancangan awal pihaknya adalah menerbangkan helikopter secara vertikal dan mengambil gambar rover Perseverance yang mendarat di Marikh pada 18 Februari lalu.



“Helikopter terbabit berada dalam keadaan baik. Malam tadi kami menghidupkan rotor helikopter dan bilahnya berpusing dengan baik.

“Selepas berada di udara dalam tempoh ditetapkan, helikopter itu akan diturunkan dan mendarat semula,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek Ingenuity, MiMi Aung, berkata penerbangan itu dilakukan secara kawalan jauh serta diprogram terlebih dulu kerana ia mengambil masa 15 minit untuk isyarat dari bumi sampai ke Marikh, selain melihat faktor persekitaran planet berkenaan.

“Sukar untuk menjangkakan keadaan apabila (helikopter) mendarat, berlepas dan ketika terbang,” katanya.



Beliau menjelaskan, graviti di Marikh kurang berbanding bumi malah tekanan atmosferanya hanya kurang satu peratus berbanding di permukaan bumi. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker