Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia

PUTERA PHILIP, suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia pagi tadi (waktu tempatan) di Istana Windsor, pada usia 99 tahun.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter The Royal Family.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ratu Elizabeth II: Her Majesty announced her husband’s death at midday. Buckingham Palace said in a statement: ‘It is with deep sorrow that Her Majesty The Queen announces the death of her beloved husband, His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh.

Istana akan memaklumkan perincian lain dalam masa terdekat.

Duke of Edinburgh itu memutuskan bahawa baginda tidak akan lagi akan terbabit dalam sebarang upacara awam bermula musim luruh tahun tersebut.

Pada pertengahan Februari lalu, Putera Philip dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London selepas dilaporkan tidak sihat.

Kenyataan akhbar Istana Buckingham yang mengesahkannya pada ketika itu, memaklumkan bahawa Putera Philip dibawa ke hospital atas nasihat pihak doktor sebagai langkah berjaga-jaga.

Putera Philip kemudian dipindahkan ke Hospital St Bartholomew pada 1 Mac selepas dua minggu dirawat.

Sepanjang menerima rawatan, suami kepada Ratu Elizabeth itu hanya menerima kunjungan daripada putera sulungnya yang juga pewaris takhta, Putera Charles.

Pada 20 November tahun lalu, Ratu Elizabeth dan Putera Philip menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-73. Lebih tujuh dekad melayari bahtera rumah tangga, baginda berdua menjadi inspirasi kepada sebilangan besar masyarakat dunia.

Media tempatan turut melaporkan, pandemik COVID-19 memberi ruang kepada pasangan itu untuk menghabiskan masa kualiti berdua-duaan.

Pada tahun lalu, sempena ulang tahun istimewa itu, pasangan diraja itu sudah merancang pelbagai acara istimewa untuk diraikan pada 2021 termasuk ulang tahun keputeraan ke-100 Putera Philip pada bulan Jun selain ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth di takhta pada 2022.

Kahwin Rahsia Dan Hampir Bunuh Diri, 10 Pendedahan Sensasi Meghan dan Putera Harry kepada Oprah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker