Menyesal muat naik gambar bercuti


Kuala Lumpur: Pelakon, Ikmal Amry memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar percutiannya bersama isteri, Najla Shamsul di Langkawi yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

Ikmal menerusi Instagram Story berkata, dia tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika bercuti di sana seperti mana yang didakwa netizen.

“Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab hantaran saya itu ada mengguris hati netizen. Di sini, saya nak tekankan bahawa saya bercuti tanpa melanggar SOP,” katanya.

Ikmal berkata, dia menetap di Negeri Sembilan yang kini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dia ke Kedah yang juga di bawah PKPP di mana ia memang dibenarkan.

“Kami mengikut SOP dengan menggunakan agensi pelancongan berdaftar seperti mana yang ditetapkan dan bukan menaiki kenderaan sendiri,” katanya. a

Dalam hantaran sama, Ikmal juga memohon maaf kerana tidak menjaga sensitiviti dengan memuat naik beberapa hantaran mengenai percutiannya.

“Di situ, saya tak melanggar SOP cuma kesalahan saya adalah memuat naik gambar dalam masa yang tidak sesuai. Saya sebagai manusia biasa yang apabila dalam keadaan gembira mahu menyimpan kenangan di Instagram. Jadi, saya minta maaf sangat-sangat,” katanya.

Menurutnya, selepas ini dia akan berfikir dengan lebih mendalam sebelum melakukan sesuatu tindakan. Ikmal sebelum ini memuat naik beberapa gambar dan video percutian di sebuah pulau.

Tindakannya itu mengundang kemarahan netizen yang mendakwa dia melanggar SOP dengan melakukan perjalanan merentas negeri. Menyesal muat naik gambar. HM

“Puncanya benda-benda bangang macam ni la”- Hattan bidas selebriti menunjuk dapat rentas negeri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker