Menara Merdeka 118 dijangka siap suku kedua 2022


Kuala Lumpur: Menara Merdeka 118 projek pembangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi anak syarikat miliknya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd sudah mencapai tingkat 118.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata, pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2022.

“Ketika ini, pembinaan menara ikonik ini sudah mencapai tingkat teratas dan bersedia untuk dihuni pada separuh kedua tahun depan,” katanya pada taklimat media sempena pengumuman laporan tahunan PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 hari ini.

Pada Mei tahun lalu, pembinaan projek berkenaan yang ketika itu berada di tingkat 111, berdepan sedikit kelewatan selepas kerja pembinaan terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Selepas Menara Merdeka 118 ini siap kelak, PNB akan memindahkan operasinya di sana dan memuatkan kakitangan di 17 tingkat.

Menara Merdeka 118 meliputi lebih tiga juta kaki persegi yang terdiri daripada 1.65 juta kaki persegi ruang pejabat untuk disewakan.

Ia menelan kos pembangunan kasar sebanyak RM5 bilion. HM

Tabung Haji beli Menara VSQ 1 berharga RM147 juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker