Tabung Haji beli Menara VSQ 1 berharga RM147 juta

Lembaga Tabung Haji (TH) akan membeli sebuah menara pejabat 20 tingkat yang dikenali sebagai Menara VSQ1, di sini daripada Bukit Damansara Development Sdn Bhd pada harga RM147 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, pulangan terbaharu itu dijangka memberi pulangan sebanyak 5.5 peratus berdasarkan perjanjian penghunian penuh dan penyewaan jangka panjang bangunan.

“Pembelian ini turut merangkumi 1,060 tempat meletak kenderaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Tawaran Pembelian Menara VSQ1, di sini pada Isnin.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Pengerusi TH, Tan Sri Md Nor Md Yusuf; dan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Difahamkan QSR Brands ialah penyewa utama di bangunan ini dan mereka terkenal dengan rangkaian restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut di Malaysia, selain pengeluar utama di Malaysia yang menumpukan kepada aspek halal serta patuh syariah dari awal hingga akhir produk.

“Saya percaya pasukan pelaburan di TH yang merangkumi profesional mahir dalam bidang pelaburan dan hartanah mampu mengenal pasti segmen hartanah yang boleh beri pulangan baik.

“Perlu saya tekankan, tujuan utama TH buat pelaburan dalam sektor penting negara ialah untuk membantu mengembangkan simpanan pendeposit yang berhasrat menunaikan rukun Islam kelima,” katanya, hari ini.

TH turut dalam perancangan untuk membuat perolehan ketiga iaitu sebuah prasarana logistik di Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, Johor yang dijangka diumumkan sebelum penghujung tahun ini.

“Setakat ini, rangka kerja Alokasi Aset Strategik (SAA) merekodkan segmen hartanah mewakili sembilan peratus atau RM7.09 bilion daripada keseluruhan portfolio pelaburan,” katanya.

Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai

Leave a Reply