Anak Nafi Hamid Gurkha Masuk ICU, Doktor Masih Pantau Akibat Batuk Teruk

Anak Nafi Hamid Gurkha Masuk ICU, Doktor Masih Pantau Akibat Batuk Teruk

MENGALAMI batuk berkahak sejak malam Rabu, pelawak legenda Hamid Gurkha dimasukkan ke wad biasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada pagi Khamis.

Menurut anak lelaki Hamid dikenali Fendy, bapanya yang kini menerima rawatan di wad pemantau mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan batuk namun bersyukur keadaan beransur pulih.

Fendy turut menafikan kenyataan pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang mengatakan pelawak berusia 90 tahun itu tenat sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Buat masa ini, dia susah sikit nak bernafas sebab alami batuk yang tidak henti dan kahak tebal sangat. Sekitar pukul 6 pagi tadi, anak-anak bawa dia pergi hospital.

“Masa saya sampai di hospital, ayah sudah berada di wad pemantau. Itu saja keadaannya sekarang. Saya tahu tadi petang kak Ogy ada muat naik status kata pak Hamid di ICU.

“Alhamdulillah, ayah baik saja… dia dah makan dan tidur. Yang masuk ICU itu mungkin salah faham saja. Agaknya mereka pun tak pasti” katanya ketika dihubungi mStar

Pada 11 Mei lalu, BH Online melaporkan perkembangan terkini Hamid atau Pak Hamid masih kuat dan mampu berdikari malah menjadi sumber kekuatan isteri dan anak-anak.

Isterinya, Timah Abdul Hamid, 80 atau Mak Timah berkata, jati diri sebagai bekas anggota tentera, menjadikan suaminya tidak putus asa walaupun semakin uzur.

Sebelum ini, Pak Hamid juga pernah disahkan positif COVID-19.

Pak Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga pada April 1957 dan mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggal dunia-mSTAR

Anak Nafi Hamid Gurkha Masuk ICU, Doktor Masih Pantau Akibat Batuk Teruk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker