Najib dakwa akaun Facebooknya ‘dikacau’


Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, akaun Facebook miliknya telah ‘dikacau’ sejak pagi tadi.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kesemua ‘posting’ yang dimuat naik oleh beliau telah disekat daripada muncul di paparan (wall) pengikut akaunnya.

“Ya, page FB saya ini memang telah dikacau dan disekat sejak pagi ini dan posting-posting saya tak lalu wall semua followers. Tidak pernah berlaku.

Sila layari : https://t.me/najib_razak

“Adakah ada pihak yang main kotor? Saya main FB pun ada yang takut?” tulis beliau.

Malah, beliau turut memuat naik tangkap layar skrin beberapa komen dari pengikut akaunnya yang menyatakan rasa pelik kerana ‘posting’ Najib tidak kelihatan di ‘wall’ mereka.

Selasa lalu, Najib mengakui telah menerima notis bankrap daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung ringkasan penghakiman cukai pendapatannya dari 2011 hingga 2017.

Beliau bagaimanapun mendakwa, ia adalah satu tindakan pihak tertentu untuk memalukan beliau, apatah lagi notis itu diberikan pada hari pertama prosiding rayuannya pada Isnin.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, notis kebankrapan kepada Najib merupakan satu bentuk ‘ugutan’ kepada anak guamnya.

Jelasnya, notis tersebut diterima hanya beberapa hari selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) di mana UMNO mengumumkan menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain itu, Muhammad Shafee turut mendakwa, terdapat usaha daripada pihak tertentu yang cuba untuk membatalkan kelayakan Najib untuk menyertai mana-mana pilihan raya kelak. Awani

Notis muflis LHDN cubaan ‘gertak’ Najib, kata peguam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker